Awas! Tanda-Tanda dan Kesan Buruk Rahim Jatuh.
Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita, ibu dan isteri.
Kebiasaanya masalah rahim jatuh ini disebabkan otot-otot rahim yang telah lemah selepas melahirkan anak.
Masalah ini boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat bergantung pada posisi rahim iaitu:
Tahap 1 : Rahim hanya turun sedikit dari tempat asal, biasanya tiada sebarang simptom dirasakan. Boleh dikesan apabila mengurut atau melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.
Tahap 2 : Sebahagian rahim sudah terkeluar dari salur vagina.
Tahap 3: keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ia kelihatan seperti seketul daging yang terkeluar dan boleh dilihat dengan jelas apabila mengcakung. Serius ngeri.. huhuhu
Kenapa masalah rahim jatuh ni sangat membimbangkan wanita?
Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila keseluruhan rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat masalah ini.
Jom kita semak antara punca-punca rahim jatuh.
- Kehamilan dan proses bersalin berulang kali pada jarak yang dekat. Jika tidak dijaga dengan betul boleh melonggarkan otot-otot rahim.
- Melahirkan bayi yang bersaiz besar
- Melahirkan anak secara forceps atau vacuum
- Faktor usia- otot pelvik akan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia.
- Kehilangan hormon estrogen disebabkan menapouse.
- Kerap mengangkat benda berat yang tak sepadan dengan tenaga diri.
- Masalah berat badan berlebihan (obesiti)
- Berdiri terlalu lama setiap hari
- Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim seperti punding kencing dan bahagian pelvik.
Apakah tanda- tanda anda mengalami rahim jatuh?
Jika masih berada di tahap 1, tiada simptom/ tanda-tanda dapat dirasakan. Namun jika anda berada pada tahap 2 dan 3 beberapa simptom seperti berikut akan dialami iaitu:
- Kerap membuang air kecil
- Sukar untuk membuang air kecil
- tidak dapat mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang melibatkan tekanan pada bahagian perut
- mengalami masalah sembelit atau tidak puas apabila mmebuang air besar
- terasa ada ‘benda berat’ di bahagian alat sulit
Kesan buruk akibat rahim jatuh.
- Mengalami gangguan kencing : iaitu masalah sukar kencing atau terlalu kerap kencing kerana tidak dapat dikawal terutamanya ketika batuk dan bersin.
- Gangguan hubungan kelamin: berlaku disebabkan kelonggaran pada faraj.
- Sakit pinggang : rahim yang jatuh turut menarik otot-otot sekitarnya , urat-urat pada bahagian pinggang turut tertarik lalu menyebabkan sakit pinggang.
- Gangguan kesihatan: rahim yang terkeluar dari saluran vagina akan menyebabkan ia bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka ini mudah dijangkiti kuman akan menyebabkan masalah keputihan yang kronik jika tidak dirawat dengan segera. Adakah anda mengalami tanda2 rahim jatuh? Rawatlah segera sebelum ianya memudaratkan dan memberi kesan buruk kepada kehidupan kita.
Pilihlah untuk berurut dengan bidan yang pakar untuk menaikkan balik rahim yang telah jatuh dan ambiklah supplements yang sesuai dan mujarab. Untuk rawat dengan Jamu Nenek klik DI SINI .
JAGA RAHIM KITA.